Thursday 11 November 2010

rahsia tarikh kelahiran

Kitab Tajul Muluk atau Bintang 12 adalah satu kajian terperinci yang telah dilakukan oleh masyakarat terdahulu dan catatan hasil kajian itu telah dihimpun dari pelbagai sumber, termasuk dari tamadun Yunani Purba.
Kitab ini begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya bagi masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak manusia, tabiat & cintanya, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Secara logiknya, masyarakat melayu masih lagi mengekalkan budaya dan adat resam serta mengamalkan pesanan orang-orang tua sebagai nasihat dan juga panduan. Namun hakikatnya, budaya & kepercayaan turun-menurun ini masih lagi relevan untuk diaplikasikan pada masa kini.
1.1 Penciptaan tempat jalannya bintang-bintang

Tempat jalannya bintang-bintang dalam bahasa Al-Qur’an dinamakan Falak. Lihat Al-Qur’an surah Al-Mulk ayat 3 : "Dialah (Allah) yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis "

Allah menciptakan udara dan menghiasinya dengan tujuh lapis langit. Lihat Al-Qur’an surah An Naba' ayat 12 : "Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh. "

Sesudah itu Allah menciptakan asap. Lihat Al-Qur’an surah Fush Shilat ayat 11 : "Kemudian Dia (Allah) menuju kepada penciptaan langit yang waktu itu masih berupa asap...."

Setelah Allah memandang dengan kebesaran-Nya asap itu, lalu dijadikannya tujuh bahagian, iaitu: satu bahagian berupa air,kedua berupa embun, ketiga berupa perak, keempat berupa emas, kelima berupa mutiara, keenam berupa merah delima dan ketujuh berupa besi. Kemudian Allah menciptakan langit dunia, pertama terbuat dari air, kedua dari embun, ketiga dari besi, keempat dari perak, kelima dari emas, keenam dari mutiara dan ketujuh dari merah delima. Setelah itu dibelahnya, yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang, Lihat Al-Qur'an surah Al Hijr ayat 16 :

"Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. "

Tujuh bintang yang dimaksudkan adalah : Bintang Zuhal, Bintang Musytari, Bintang Marikh, Bintang Syamsu, Bintang Zahra, Bintang Athorid dan Bintang Qamar.
1.2 Penciptaan bintang-bintang yang bergerak

Fungsi dari diciptakannya bintang itu adalah sebagai petunjuk dalam keadaan kegelapan di darat dan di lautan. Lihat Al-Qur’an surat Al-An’am ayat 97 : "Dan Dia-lah (Allah) yang menjadikan bintang-bintang untukmu, agar kamu menjadikannya (sebagai) petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut... "

Allah menciptakan bintang-bintang itu dalam tiga bentuk iaitu:

Pertama : Bintang yang dinamakan TSAWAABIT (yakni bintang tetap), iaitu bintang- bintang yang tidak dapat bergerak dan tidak dapat terbenam.

Kedua : Bintang-bintang yang terbit dan terbenam

Ketiga : Bintang-bintang yang beredar pada tempat peredarannya

Dari ketiga macam bentuk bintang itu ada tujuh bintang yang paling besar, iaitu: Bintang Zuhal, Bintang Musytari, Bintang Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar. Dari masing-masing bintang yang besar itu mempunyai tempat beredar sendiri (falak). Qamar beredar pada falak pertama, Athorid beredar pada falak kedua, Zahra beredar pada falak ketiga, Syamsu beredar pada falak keempat, Marikh beredar pada falak kelima, Musytari beredar pada falak keenam, dan Zuhal beredar pada falak ketujuh. Demikian Allah menetapkan tujuh falak di langit sebagai tempat beredarnya bagi tujuh bintang-bintang tersebut. Yang dimaksudkan bintang-bintang itu adalah planet-planet. Dan setiap bintang itu beredar tiap-tiap seribu tahun sekali. Dari ketujuh bintang yang disebutkan di atas tadi itu tidak sama dalam peredarannya.
Bintang 12
Qiraat Perhubungan
Mutiara Kata
Fitrah Cinta
Perkhidmatan ini sekadar hiburan sahaja.